|
|
|

|
Pada
masa sekarang ini, timbulnya masalah
perbelanjaan melebihi pendapatan bulanan
adalah berpunca dari perkara yang perlu
dibeli dengan wang dan pendapatan bulanan
tidak cukup untuk menampungnya.
Fenomena
ini berlaku terutamanya di bandar- bandar
besar. walaupun kos untuk membeli makanan
asas masih boleh, berbagai perbelanjaan
lain perlu di libatkan seperti membayar
tol, sewa rumah yang mahal,bayaran letak
kereta, bil air-letrik, downpayment
kenderaan dan sebagainya lagi. |
Pada
asasnya, jika anda tinggal di bandar, pendapatan
yang kurang dari RM1000 besar kemungkinannya akan
meyebabkan anda terlebih belanja. Pada masa
sekarang ini bagi keluarga yang mana suami isteri
bekerja, perbelanjaan bulanan RM2,500 di anggap
biasa saja.
Perubahan
dan kemajuan dunia dengan sendirinya menyebabkan
kos hidup bertambah tinggi dari hari ke sehari.
Ini tidak dapat di elakkan. Malah membuat
keputusan mengurangkan perbelanjaan juga sukar
dilakukan terutamanya jika perbelanjaan itu
merupakan perbelanjaan yang tidak boleh tidak
mesti di libatkan. Jalan yang paling baik ialah
BIJAK BEKERJA bagi menambahkan pendapatan.
BIJAK
BEKERJA berbeza dengan rajin bekerja.Jika anda
rajin bekerja anda mungkin dapat bonus 3 bulan
dalam setahun tetapi jika anda BIJAK BEKERJA anda
boleh dapat bonus setiap bulan.
BEKERJA
BIJAK boleh di lakukan dengan banyak cara,
contohnya melakukan 2 kerja. Kerja yang ke 2 itu
anda pilih sendiri dari kerja yang anda suka,
dengan itu anda tidak akan merasa penat malah
gembira melakukannya. Dari pengalaman saya sendiri,
rakan-rakan serta lain-lain sumber, di dapati
bahawa kerja ke 2 itu mampu menjana pendapatan
berlipat ganda berbanding kerja pertama dan masa
yang di peruntukkan untuk kerja ke 2 tidaklah
sepanjang masa.
Kesimpulannya,
jika anda anda tidak mahu terlebih belanja, maka
lebihkan pendapatan anda. Tindakan ini lebih baik
dari berusaha mengurangkan perbelanjaan
semata-mata kerana perbelanjaan yang kurang pun
akan meningkat dari masa ke semasa....
|
|
Anda
Banyak Wang ? |
|
Soalan
yang agak sensitif. Jika anda banyak wang pun anda
tidak akan mengaku. Tapi cuba jawab kepada diri
anda sendiri, adakah anda banyak wang ? Jika anda
banyak wang, maknanya anda berada dalam 2 kategori
: Pertama, anda orang kaya. Kedua, anda tidak
belanjakan wang anda.
Jika anda hanya ada sedikit wang, maka perlulah
anda buat wang. Ada cara buat wang dengan
perbelanjaan yang hanya sedikit. Yang penting
ialah otak anda perlu ligat menggunakan segala
peluang yang ada dan melihat sekeliling anda untuk
di jadikan wang. Dengan cara ini anda akan
berupaya menjana wang yang banyak untuk menjadi
kaya.
Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa membelanjakan
wang boleh menjadikan anda seseorang itu kaya.
Tapi itulah hakikatnya. Berbelanja yang di
maksudkan bukanlah berbelanja untuk menghabiskan
wang tanpa apa-apa pulangan. Wang perlu di
belanjakan untuk membuat lebih banyak wang.
Tambahan lagi untuk orang yang malas, wang perlu
di belanjakan untuk menghasilkan wang. Ianya juga
di kenali sebagai pelaburan. Anda haruslah bijak
melaburkan wang anda. Pelaburan bukanlah sekadar
melaburkan wang anda ke mana-mana institusi
kewangan atau agen-agen pelaburan saja tetapi juga
kepada sesuatu perkara yang jika di usahakan boleh
menggandakan wang anda.
"
Setiap dari kita lahir dengan harta-harta yang
tidak ternilai. Cuma kita yang telah
menghilangkannya. Adalah menjadi tugas kita
mencarinya semula "
|
|
Rahsia
Buat Wang |
|
Inilah
yang di cari oleh ramai manusia kerana jika tahu
caranya maka ia boleh menjadikan seseorang itu
kaya-raya. Ianya bukan bererti mencetak wang palsu,
tetapi menghasilkan sesuatu yang di bayar dengan
harga yang lumayan dan menghasilkannya dengan
banyak.
Tapi
harus di ingat bahawa dari segi buat wang, anda
tidak juga akan kaya jika anda tidak melakukan
perkara berikut :
|
 |
-
Buat
wang yang banyak
-
Simpan
sebahagian dari wang yang di perolehi
-
Laburkan
wang untuk memperolehi wang yang lebih
banyak
Mereka
yang jadi kaya-raya ialah mereka yang buat
wang. Mereka ini mampu menghasilkan banyak
wang dan mampu pula menjadikannya
beranak-pinak. |
Mereka
yang jadi kaya-raya ialah mereka yang buat wang.
Mereka ini mampu menghasilkan banyak wang dan
mampu pula menjadikannya beranak-pinak. Mereka
tidaklah bekerja terlalu kuat tetapi bekerja
dengan bijak dan tahu formula kekayaan. Mereka ini
mampu mendapat lebih banyak wang sedangkan masa
bekerja mereka singkat saja. Mereka
punya banyak masa untuk makan angin bersama
keluarga atau keluar membeli-belah. Jika boleh,
semua orang mahu membuat wang tapi sedikit saja
yang tahu caranya dan menjadi kaya.
Orang
yang jadi kaya-raya ialah orang yang menggunakan
masa luang untuk perkara yang mendatangkan
keuntungan. Bagi mereka, tiada masa terluang tapi
semua masa adalah peluang. Bagi mereka, masa
sentiasa diisi, untuk perkara yang berfaedah. Ini
bukan bermakna mereka tiada masa untuk berehat.
Mereka berehat sepenuhnya bila tiba masa untuk
berehat dalam masa yang di khaskan, itu juga
bererti menggunakan masa dengan produktif.
Mereka
yang tiada masa atau tidak cukup masa sebenarnya
tidak bijak membahagikan masa. Di masa bekerja
mereka berehat, di masa berehat mereka pun
berehat. Apabila sampai masanya kerja yang patut
siap tidak juga dapat di selesaikan.
"
Intipati kekayaan itu pada hakikatnya berada pada
penjimatan dan pelaburan. Bukan berapa banyak yang
anda dapat tapi berapa banyak yang anda simpan dan
laburkan "
|
|
Senjata
Jadi Kaya |
|
BIARKAN
ORANG TIDAK PERCAYA...
Bukan seorang, malah ramai usahawan bertaraf
jutawan asalnya adalah orang biasa seperti kita,
hinggakan sukar bagi orang lain untuk mempercayai
akan kekayaan yang di milikinya. Profesor Claude
Olney jadi kaya hanya dengan menjalankan
perniagaan di meja dapurnya dan di keretanya,
hinggakan ketika mahu makan malam, meja itu
terpaksa dikemaskan.
Biarkan orang tidak percaya dan bertanya
bagaimanakah menerusi cara itu dia boleh mendapat
wang yang banyak sedangkan dia hanya bekerja
beberapa jam saja sehari ? Jawapannya ialah
KREATIVITI yang bijak. Iaitu melakukan sesuatu
dengan cara kita sendiri, dengan menggunakan daya
kreativiti dan imaginasi.
TANYA SEBELUM TIDUR....
Seorang pakar psikologi, Gayle Delayney
menyarankan bahawa sebelum anda tidur tuliskan
satu satu soalan untuk di jawab oleh minda separuh
sedar anda. Contohnya "Bagaimana aku boleh
menjadi kaya?". Kemudian bacalah berulangkali
sehingga anda tertidur. Pagi besoknya tulislah apa
saja idea yang datang kepada anda. Jika anda tidak
berjaya mendapat idea buat kali pertama, ulangi
lagi di malam kedua. Bila anda telah mendapat
idea, pilihlah yang terbaik untuk di lakukan
SEGERA
Sebagai tambahannya, sebagai orang Islam kita di
tuntut supaya sentiasa berdoa agar di murahkan
rezeki dan di datangkan idea yang baik untuk
menjadi kaya.
BERMULA DENGAN YANG MUDAH....
Jangan bermula dengan yang payah. Mulakan dengan
perkara yang paling mudah yang anda tahu dan dapat
lakukan. Anda dapati sesudah itu, sebenarnya
sebarang kerja adalah lebih mudah dari apa yang
anda sangkakan pada mulanya.
BERANI MEREBUT PELUANG....
Ramai manusia sebenarnya menginginkan kejayaan dan
kekayaan tetapi pada masa yang sama takut untuk
merebut peluang yang l di depan mata. Takutlah
yang menyebabkan perkara mudah menjadi payah, lalu
terlepas peluang. takut ada pelbagai jenis takut...tapi
yang paling penting untuk diatasi ialah takut
gagal. Takut gagal bererti takut berjaya. Anda
perlu kalahkan ketakutan yang tidak menentu.
kenalpasti apakah yang anda takutkan itu dan lawan
perasaan itu dengan membuat beberapa persediaan.
Bila ketakutan itu telah anda kalahkan, maka anda
dapati diri anda bergerak tenang menuju kejayaan.
|
|
Fakta
untuk di renungkan :
-
Betapa
sedikit atau banyak wang modal atau 'pelaburan'
yang anda keluarkan, jika tidak di sertai
usaha yang efektif dan berterusan ianya TIDAK
akan menjadikan anda kaya.
-
Mereka
yang celik internet dan tidak menyertai
mana-mana program bisnes internet adalah orang
'bodoh' internet.
-
Mereka
yang buta internet BOLEH mencipta kekayaan
melalui internet.
Secara praktikal, ternyata program affiliate ini telah terbukti
berjaya membantu ramai pengguna internet menambah pendapatan
setiap hari. Bahkan ada yang melakukannya sepenuh masa dan
berjaya meraih ribuan RM setiap minggu !! Dengan hanya
duduk di rumah atau di depan komputer untuk 2-3 jam sehari.
Ianya satu cara alternatif yang berkesan dan mudah kepada anda
untuk menjana pendapatan.
Petua kejayaan
Program Affiliate ialah :
1. FOKUS
Kenalpasti mana-mana program
Affiliate yang berpotensi yang anda minati dan FOKUS. Sertai
hanya 2-3 program saja.
2. IKLAN
Kekuatan program Affiliate ini
terletak kepada pengiklanan. Apabila anda FOKUS hanya kepada 2-3
program saja, maka mudah untuk anda melakukan pengiklanan kepada
sasaran pengguna.
JANGAN lakukan pengiklanan secara
membabi-buta, nanti anda penat sendiri, hasilnya tak seberapa.
Kenalpasti pasaran berdasarkan produk yang dijual. Tekankan
bagaimana produk berkenaan dapat membantu dan mendatangkan
keuntungan kepada pengguna.
2. KOMITMEN
JANGAN buat kerja hangat-hangat
tahi ayam. Orang buat bisnes, perlu ada KOMITMEN. Hatta buat
apa-apa kerja pun. Barulah kerja yang dibuat jadi produktif dan
efektif. Apa itu KOMITMEN ? Sabar dan konsisten. Sentiasa mahu
belajar mengenalpasti kelemahan dan baiki kelemahan.
JANGAN cepat putus asa atau rasa
rendah diri apabila tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan.
Cabaran ialah perkara biasa dalam bisnes dan keusahawanan.
Fakta Pengguna
Internet Di Malaysia
Sejak tahun 2000
sehingga kini, kadar penambahan penggunaan
Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat
statistik ini, ia menunjukkan pengguna Internet
di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat
pantas.
Menurut NITC,
jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah
seramai 10,040,000 orang pada Disember 2005.
Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah
keseluruhan penduduk Malaysia.
Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran
|
Negara |
Jumlah Pengguna Internet |
|
Malaysia |
14,040,000 |
|
Singapura |
3,135,000 |
|
Brunei |
37,000 |
|
Indonesia |
16,300,000 |
.........................................................................................................
Saya bukannya juru motivasi atau
jutawan internet. Bahkan kurang lebih seperti anda juga.
Tujuan saya menulis artikel ini adalah supaya anda TAHU
dan bersama merebut peluang menjana pendapatan melalui
internet sebagai salah satu PENDAPATAN ALTERNATIF anda
disamping dapat memanfaatkan masa dan kemahiran anda melayari
internet dengan sebaik-baiknya.
Terdapat pelbagai program
affiliate yang di sedikan dalam internet. Anda hendaklah bijak
dan berhati-hati menilainya. Sebaik-baiknya pada peringkat
permulaan, cuba dahulu program-program affiliate perniagaan
dari Malaysia sendiri hinggalah anda berasa yakin dan cukup
bersedia untuk menyertai program affiliate tajaan luar negara.
Bagaimana
mahu menggendalikan bisnes internet secara
berkesan :
-
Pelajari
kaedah penggunaan ayat ( text ) pengiklanan /
promosi secara berkesan
-
Pelajari
kaedah membuat pengiklanan melalui internet
atau lain-lain media
-
Pelajari
kaedah membuat maklumbalas / followup
yang berkesan
-
Pelajari
kaedah mendapatkan prospek / pasaran
berpontensi
-
Fikirkan
nilai tambah yang boleh anda berikan kepada
pelanggan seperti jaminan, bonus hadiah,
diskaun, cabutan bertuah, sistem sokongan, services
after sales dan seupamananya
-
Fikirkan
kaedah bagaimana pelanggan boleh mendapatkan
produk / servis degnan cara yang paling jimat,
mudah dan cepat. Samada produk dalam bentuk
fizikal atau virtual ( data ). Seperti
penghantaran melalui courier, pos, download
internet dan menyediakan stokis / agen.
-
Menyediakan
stok yang mencukupi untuk sesuatu tempoh
|
|