Firman
Allah (s.w.t) yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
[Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Barangsiapa yang berselawat ke
atasku dengan sekali selawat nescaya
Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya
sepuluh kali”.[Hadith riwayat
Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru
bin Al-‘Ass r.a]
Sabda
Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia yang paling utama
denganku pada hari kiamat ialah yang
paling banyak berselawat ke atasku”.
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada
Abdullah bin Mas’ud r.a]
1. Amalan
yang paling utama
2. Boleh mennghapuskan kesalahan dan
dosa
3. Mendapat rahmat Allah dunia dan
akhirat serta syafaat Nabi S.A.W
4. Menjadi benteng sifat munafik dan
kafir
5. Selamat dari huru hara Hari Akhirat
6. Menjadi penyebab hajat, doa dan
amalan baik diterima Allah
7. Tiket untuk mudah masuk syurga dan
terlepas dari perhisaban yang rumit
8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang
tidak mampu bersedekah
9. Dikasihi oleh Nabi S.A.W dan dapat
bersama baginda di syurga kelak
10. Mendapat ketenangan dan bahagia
dunia-akhirat
KELEBIHAN BISMILLAH
1.Yang
pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.
Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka
tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana
BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2."BISMILLAH untukmu dan umahmu,
suruhlah mereka apabila memohon sesuatu
dengan BISMILLAH. Aku tidak akan
meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith
Qudsi)
3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia,
maka semua awan berlari kearah barat,
angin terdiam, air laut bergelora,
mendengarkan seluruh binatang dan
terlempar semua syaitan.
4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah
BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit
melainkan menjadi ubat untuknya dan
tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas
sesuatu melainkan Allah beri berkat ke
atasnya.
5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia
dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH
setiap kali memulakan sesuatu perkara
yang baik.
6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19
huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud
berkata: "Sesiapa yang ingin Allah
selamatkan dari 19 malaikat neraka maka
bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam)
hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang
membaca BISMILLAH maka kamilah
kekuatannya dan kamilah kehebatannya."
8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan
BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat
namanya di syurga yang sangat tinggi dan
diampunkan segala dosa kedua orang
tuanya.
9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH
maka akan bertasbihlah segala gunung
kepadanya.
10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH
sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,
maka akan terpelihara dari gangguan
syaitan, kecurian dan kebakaran, maut
mendadak dan bala.
11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH
sebanyak 50 kali di hadapan orang yang
zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam
hati si zalim serta naiklah keberanian
dan kehebatan kepada si pembaca.
“Dan
pada sebagian malam bertahajjudlah
dengannya sebagai tambahan bagimu.Mudah-
mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat
yang terpuji”. (Al Isra’: 79)
“Puasa paling utama selepas puasa
Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan
Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat
paling utama selepas solat wajib adalah
solat malam (tahajud).” Hadis
riwayat Imam Muslim.
Saidina
Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau
kelebihan sembahyang malam dengan
berkata maksudnya:
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud)
dengan khusyuk nescaya dianugerahkan
Allah sembilan perkara, lima di dunia
dan empat di akhirat.
5 kelebihan yang diperoleh di
dunia:
1. Allah akan menyelamatkannya daripada
bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang
bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah
4 kelebihan yang akan diperoleh di
akhirat:
1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti
kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan
Firman
Allah : "Demi waktu Dhuha dan demi
Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah
Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia
membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik
daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu
akan memberi kepadamu kurniaan hingga
kamu menjadi suka." (Surah al-Dhuha
: 1-5 ).
Berkata
Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya
Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah
berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah
untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan
mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat
Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita
mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara
faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan
akan melaksanakan segala
keperluan-keperluan keduniaan manusia
setiap hari.
Dalam satu
riwayat yang lain Rasulullah SAW
bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang
Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya
akan segala dosanya walaupun seperti
buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah
dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik r.a berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata:
“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang
sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan
Allah baginya sebuah mahligai daripada
emas”(Riwayat Ibnu Majah dan
Tirmidzi).
ZIKIR HARIAN
AYATUL
KURSI
1. Sesiapa
yang membaca ayat Kursi dengan istikamah
setiap kali selesai sembahyang fardhu,
setiap pagi dan petang, setiap kali
masuk kerumah atau kepasar, setiap kali
masuk ke tempat tidur dan musafir,
insyaallah akan diamankan dari godaan
syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah)
yang kejam, diselamatkan dari kejahatan
manusia dan kejahatan binatang yang
memudharatkan. Terpelihara dirinya dann
keluarganya, anak-anak nya, hartanya,
rumahnya dari kecurian, kebakaran dan
kekaraman.
2. Terdapat keterangan dalam kitab
Assarul Mufidah, barang siapa yang
mengamalkan membaca ayat kursi, setiap
kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah
ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan
dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan
rezekinya, dinaikkan martabatnya,
diberikan kepadanya pengaruh sehingga
orang selalu segan kepadanya,
diperlihara dari segala bencana dengan
izin Allah s.w.t.
3. Salah seorang ulama Hindi mendengar
dari salah seorang guru besarnya dari
Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi
sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap
hari ada benteng pertahanan Rasulallah
s.a.w.
4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan:
“Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan kata-katanya (50 kali), di
tiupkan pada air hujan kemudian
diminumnya, maka inysyaallah tuhan
mencerdaskan akalnya dan memudahkan
faham pada pelajaran yang dipelajari.
5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi
selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan
mengampunkan dosanya. Sesiapa yang
membacanya ketika hendak tidur,
terpelihara dari gangguan syaitan, dan
sesiapa yang membacanya ketika ia marah,
maka akan hilang rasa marahnya.
6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa
yang membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan hurufnya (170 huruf), maka
insyaallah, Tuhan akan memberi
pertolongan dalam segala hal dan
menunaikan segala hajatnya, dam
melapangkan fikiranyan, diluluskan
rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan
diberikan apa yang dituntutnya.
7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika
hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua
malaikat yang menjaga selama tidurnya
sampai pagi.
8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa,
ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat
Kursi pada empat penjuru rumahnya dan
mengharapkan dengan itu menjadi penjaga
dan pelindung syaitan.
9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang
takut terhadap serangan musuh hendaklah
ia membuat garis lingkaran denga
nisyarat nafas sambil membaca ayat
Kuris. Kemudian ia masuk bersama
jamaahnya kedalam garis lingkaran
tersebut menghadap kearah musuh, sambil
membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau
sebanayk 170 kali, insyaallah musuh
tidak akan melihatnya dan tidak akan
memudharatkannya.
10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi
menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca
ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam
sehari semalam selama 40 hari, maka demi
Allah, demi Rasul, demi alQuran yang
mulia, Tuhan akan membukakan baginya
pandangan rohani, dihasilkan yang
dimaksud dan diberi pengaruh kepada
manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
Nabi Muhammad s.a.w.
sabdanya:
"Sesiapa yang mengajak ke
jalan mengerjakan sesuatu
amal yang baik, adalah
baginya pahala sebanyak
pahala orang-orang yang
menurutnya, dengan tidak
mengurangi sedikit pun
pahala itu dari
pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya)
sesiapa yang mengajak
kejalan mengerjakan sesuatu
amal yang menyesatkan,
adalah ia menanggung dosa
sebanyak dosa orang-orang
yang menurutnya, dengan
tidak mengurangi sedikit pun
dosa itu dan dosa-dosa
mereka."